BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MaJiCk

Thursday, November 5, 2009

Lawatan sambil belajar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PENERBANGAN DAN MUZIUM PERAK

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Penerbangan di Ipoh dan Muzium Perak. Seramai 40 orang murid dan tiga guru pembimbing telah menyertai lawatan ini. Mereka semua kelihatan ceria apabila hendak ke sana.

Semua murid yang terlibat akan berkumpul di dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi. Cikgu Azwan memberi taklimat kepada murid-murid agar aktiviti yang di rancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Mereka menunggu ketibaan bas yang akan tiba sekitar jam 8.30 pagi. Wajah mereka kelihatan cukup gembira ketika perjalanan ke Pusat Penerbangan.

Setelah tiba di Pusat Penerbangan, murid-murid dibimbing oleh salah seorang staf bagi mencegah huru hara atau berpecah belah. Mereka di beri taklimat tentang jenis jenis kapal terbang, penggunaan kapal terbang, penggunaan helikopter dan banyak lagi. Hampir kesemua murid berminat untuk menjadi juruterbang apabila dewasa kelak.

Mereka semua di arah untuk ke bilik simulasi apabila tamatnya taklimat. Beberapa orang murid dipilih untuk mencuba menerbangkan helikopter dengan bimbingan salah seorang kapten. Mereka menjamu selera di sebuah kafeteria berdekatan dengan bilik operasi sebaik sahaja tamat menerbangkan helikopter dari bilik simulasi.

Selepas menjamu selera, mereka semua berangkat ke sebuah pengkalan kapal terbang. Di situ mereka dapat melihat berbagai-bagai jenis kapal terbang. Terdapat sebuah kapal terbang yang agak canggih di gelar Eagle 150 B (3ac). Semua murid tidak melepaskan peluang keemasan untuk menangkap gambar bersama kapal terbang. Pelbagai aksi lucu yang di buat oleh murid-murid ketika bergambar bersama kapal terbang.

Disebabkan kesuntukan masa, Cikgu Azwan dan dua guru yang lain membuat keputusan untuk ke Padang Polo bagi menggantikan destinasi ke Muzium Perak. Walaupun perancangan tidak bejalan dengan sempurna, tetapi murid-murid tetap gembira. Mereka berkelah di sana kerana permandangan di sana sangat cantik dan udaranya agak nyaman. Sesetengah murid mengambil kesempatan untuk bermain di padang bagi menceriakan hati mereka.

Mereka semua bertolak pulang pada pukul 12.30 petang. Walaupun mereka kelihatan letih tetapi inilah kenangan yang akan tersemat di dalam kotak fikiran mereka buat selama lamanya.

Berita ini ditulis oleh ......................SAFWAN.........................
(Student from SK Bandar Baru Putera)

0 ulasan:

Minta maaf

Aq meminta maaf jika blog Aq tidak begitu sempurna....
mungkin blog aq akan sempurna hujung bulan januari 2010.
segala kekurangan amat dikesali.........

sincerely
SAFWAN
(exstudent from SK Bandar Baru Putera)