BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MaJiCk

Sunday, November 15, 2009

Sejarah Sekolah SK Bandar Baru Putera

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera dibina pada tahun 2002.Sekolah ini ditempatkan didalam kawasan perumahan Bandar Baru Putera, Bercham. Jarak sekolah dari PPD Kinta ialah 15 km yang memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta. Pekan terhampir ialah Bercham dan Tanjung Rambutan.

SK Bandar Baru Putera adalah berstatus luar bandar dan dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan hasrat kementerian untuk mewujudkan sekolah 1 sessi di negara ini. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002 dan En. Nor Din Bin Mohamed Salleh telah dilantik sebagai pengurus sekolah ini. Kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah dari sekitar taman perumahan Bandar Baru Putera, Bercham.

Sekolah - sekolah yang berhampiran :

  • SK Tanjung Rambutan
  • SK Methodist, Tanjung Rambutan
  • SJKT, Tanjung Rambutan
  • SJKC Yuk Choi, Tanjung Rambutan
  • SK Perpaduan Ulu Kinta
  • SK Tasik Dermawan, Bercham.


Maksud logo yang SKBBP :


SKBBP

Akronim nama sekolah = Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera


PERISAI

Melambangkan ketahanan luaran dan dalaman sekolah daripada ancaman perkara yang tidak sihat

BUKU

Merupakan asas kepada proses pembelajaran dan merupakan nadi kepada kejayaan

ALAT MEKANIKAL

Bermaksud negara masih kekurangan ahli didalam bidang teknik dan sekolah merupakan pembuka jalan kepada murid untuk terlibat secara langsung dalam bidang ini

ALAT SAINS

Merupakan bidang yang semakin penting dan sekolah memainkan peranan penting kepada kemajuan Sains dalam diri pelajar.

BIDANG SUKAN

Juga memainkan peranan penting untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi mental, emosi, rohani dan jasmani.

KOMPUBoldTER

Merupakan alat telekomunikasi yang penting di masa depan dan kepentingan pengetahuan tentang komputer amat diperlukan oleh murid - murid supaya dapat bersaing dengan masyarakat global.

TOPI KONVOKESYEN

Bermaksud matlamat terakhir murid selepas alam persekolahan dimana murid - murid bercita - cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya memegang segulung ijazah.


Kemenangan yang akan di kenang oleh semua warga SKBBP

Nama baik SK Bandar Baru Putera lebih di kenali di persada Malaysia sebaik sahaja telah menjadi johan dalam pertandingan kompang formasi bagi tahun 2009.Kumpulan ini telah menjadi johan dalam peringkat negeri perak manakala telah menjadi naib johan dalam peringkat kebangsaan.Jika ingin informasi lanjut sila layari blog rasmi yang tertera dibawah:


Blog Rasmi SK Bandar Baru Putera


( Kesemua maklumat dan gambar yang tertera di atas telah di ambil dari Blog Rasmi SK Bandar Baru Putera).

Berita ini di sediakan oleh SAFWAN

Thursday, November 5, 2009

Lawatan sambil belajar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PENERBANGAN DAN MUZIUM PERAK

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Penerbangan di Ipoh dan Muzium Perak. Seramai 40 orang murid dan tiga guru pembimbing telah menyertai lawatan ini. Mereka semua kelihatan ceria apabila hendak ke sana.

Semua murid yang terlibat akan berkumpul di dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi. Cikgu Azwan memberi taklimat kepada murid-murid agar aktiviti yang di rancang berjalan dengan lancar dan jayanya. Mereka menunggu ketibaan bas yang akan tiba sekitar jam 8.30 pagi. Wajah mereka kelihatan cukup gembira ketika perjalanan ke Pusat Penerbangan.

Setelah tiba di Pusat Penerbangan, murid-murid dibimbing oleh salah seorang staf bagi mencegah huru hara atau berpecah belah. Mereka di beri taklimat tentang jenis jenis kapal terbang, penggunaan kapal terbang, penggunaan helikopter dan banyak lagi. Hampir kesemua murid berminat untuk menjadi juruterbang apabila dewasa kelak.

Mereka semua di arah untuk ke bilik simulasi apabila tamatnya taklimat. Beberapa orang murid dipilih untuk mencuba menerbangkan helikopter dengan bimbingan salah seorang kapten. Mereka menjamu selera di sebuah kafeteria berdekatan dengan bilik operasi sebaik sahaja tamat menerbangkan helikopter dari bilik simulasi.

Selepas menjamu selera, mereka semua berangkat ke sebuah pengkalan kapal terbang. Di situ mereka dapat melihat berbagai-bagai jenis kapal terbang. Terdapat sebuah kapal terbang yang agak canggih di gelar Eagle 150 B (3ac). Semua murid tidak melepaskan peluang keemasan untuk menangkap gambar bersama kapal terbang. Pelbagai aksi lucu yang di buat oleh murid-murid ketika bergambar bersama kapal terbang.

Disebabkan kesuntukan masa, Cikgu Azwan dan dua guru yang lain membuat keputusan untuk ke Padang Polo bagi menggantikan destinasi ke Muzium Perak. Walaupun perancangan tidak bejalan dengan sempurna, tetapi murid-murid tetap gembira. Mereka berkelah di sana kerana permandangan di sana sangat cantik dan udaranya agak nyaman. Sesetengah murid mengambil kesempatan untuk bermain di padang bagi menceriakan hati mereka.

Mereka semua bertolak pulang pada pukul 12.30 petang. Walaupun mereka kelihatan letih tetapi inilah kenangan yang akan tersemat di dalam kotak fikiran mereka buat selama lamanya.

Berita ini ditulis oleh ......................SAFWAN.........................
(Student from SK Bandar Baru Putera)

Minta maaf

Aq meminta maaf jika blog Aq tidak begitu sempurna....
mungkin blog aq akan sempurna hujung bulan januari 2010.
segala kekurangan amat dikesali.........

sincerely
SAFWAN
(exstudent from SK Bandar Baru Putera)