BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MaJiCk

Sunday, October 25, 2009




Gejala merempit semakin menjadi jadi pada zaman ini. biasanya mat rempit tergolong dari kaum lelaki khususnya yang berminat dalam bidang pemotoran.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan [1][2], pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi [3] [4]. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit [5]. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit [6]. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun. (photo di atas telah di ambil dari laman web http://google.com)




(semua maklumat ini terkandung di dalam laman web http://ms.wikipedia.org/wiki.com)

Berita ini disediakan oleh SAFWAN

Minta maaf

Aq meminta maaf jika blog Aq tidak begitu sempurna....
mungkin blog aq akan sempurna hujung bulan januari 2010.
segala kekurangan amat dikesali.........

sincerely
SAFWAN
(exstudent from SK Bandar Baru Putera)